Java Management Extensions

Java Management Extensions (bermaksud "sambungan-sambungan pengurusan Java"), atau singkatannya JMX ialah sebuah teknologi Java yang menyediakan peralatan untuk mengurus dan menyelia aplikasi, objek sistem, peranti (seperti pencetak) dan rangkaian berorientasikan perkhidmatan. Setiap sumber ini diwakili dengan objek disebut MBean. Di dalam API JMX, kelas-kelas boleh dimuatkan dan ditikakan secara dinamik. Aplikasi-aplikasi pengurusan dan penyeliaan boleh direka dan dibangun dengan menggunakan Java Dynamic Management Kit.